Wednesday, February 22, 2017

Cikgu Oh Cikgu

Sedang saya membetulkan duduk sambil membelek-belek fail di dalam bilik pejabat, satu panggilan masuk ke telefon saya.

Panggilan daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Memaklumkan kepada saya berkenaan dengan satu saman sivil terhadap salah seorang anak guam yang merupakan seorang pendidik. Memandangkan kerajaan negeri turut terbabit sebagai defendan maka anak guam tidak akan diwakili oleh mereka.

Anak guam yang pada masa ini sedang dalam perbicaraan untuk pertuduhan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Terpaksa ditahan kerja sementara menunggu kes selesai. Dan sekarang ini bakal berhadapan dengan tuntutan sivil pula di mahkamah.

Besar cabaran pendidik pada masa kini. Saya agak terkesan akan senario sebegini. Bukan apa arwah tok wan, ayah, adik, sepupu adalah dari kalangan warga pendidik.

Saya percaya apa sekali tindakan 'ganas' cikgu kita itu ada sebabnya. Sama seperti Cikgu Shahbudin mencubit perut saya dahulu sampai berbirat sebabnya saya gagal menguasai sifir sepenuhnya. Bukan saja-saja dia cubit perut gebu saya tu.

No comments:

Post a Comment