Tuesday, August 7, 2018

Helmet Merah

Setiap kali masuk ke dalam bilik trafik pandangan saya tidak akan terlepas daripada memerhati sebuah helmet berwarna merah yang diletakkan di atas almari di hujung bilik. Letaknya seperti sebuah trofi adanya. Mungkin dek kerana warna merahnya yang terang dan juga visor pada helmet tersebut yang tidak kurang cantiknya yang menarik perhatian saya. Tertanya-tanya juga gerangan siapakah empunya helmet merah bervisor tersebut. 

Tengahari tadi semasa berada di dalam bilik trafik masuk seorang anggota trafik yang baharu sahaja selesai perbicaraan di mahkamah di bangunan sebelah. 

"Bila nak ambik helmet merah tu?" tanya seorang sarjan di dalam bilik trafik yang sedang sibuk mengisi maklumat di hadapan komputer. 

Lalu saya menyampuk. "Helmet merah tu? Dia punya ke?" 

"Ya. Barang kes dia tu. Kes accident mati," sambung sarjan tersebut.

No comments:

Post a Comment