Tuesday, July 17, 2018

Uncle Pat

Sampai di Campbell Complex saya terus ke kedai Uncle Pat. Kalau zaman muda dahulunya saya ke Campbell untuk ke kedai Auntie di tingkat atas. Tapi sekarang kalau ke Campbell memang hanya untuk ke kedai jahit Uncle Pat untuk tempahan suit saya. 

Melangkah masuk pintu kedai saya langsung tidak melihat kelibat lelaki berusia yang peramah itu. Yang ada isteri beliau dan dua orang perempuan yang lain. Lalu saya bertanya, "Where's uncle?". Pertanyaan saya tidak terjawab. Hanya senyuman yang saya terima. 

Kebetulan selepas itu seorang lelaki India separuh usia turut datang ke kedai tersebut. Untuk mengambil tempahan seluarnya. Sebelum beliau beredar saya terdengar beliau berkata, " I tried to call Patrick but he didn't pickup. Then my friend told me that he passed away." 

Saya terus menyampuk perbualan mereka. "Uncle passed away?" tanya saya dengan nada terkejut. Isteri beliau mengangguk lemah sambil matanya sedikit berair. 

Rupanya sudah tiga bulan Uncle Pat meninggal dunia. Meninggalkan warisan kedai jahitnya kepada warisnya. 

Rest In Peace Uncle Patrick aka Tukang Jahit Pat 54.

No comments:

Post a Comment