Wednesday, September 13, 2017

Kasih Seorang Ibu

Sedang memandu untuk ke mahkamah saya menerima satu panggilan telefon. Panggilan daripada ibu seorang anak guam yang mana kesnya sedang diperingkat rayuan di mahkamah tinggi.

Kali terakhir saya bercakap di telefon dengan ibunya ini kalau tidak salah perkiraan saya adalah beberapa bulan lepas. Memaklumkan berkenaan dengan perkembangan kes anaknya itu.

Suaranya dalam talian kedengaran agak perlahan dan lemah. Tidak seperti kebiasaannya. Dia sekadar mahu bertanya berkenaan kes anaknya itu. Memandangkan saya baharu sahaja menerima alasan penghakiman oleh hakim sesyen maka saya perlu menyediakan petisyen rayuan. Maklum saya kepadanya. Oleh yang demikian tarikh untuk anaknya hadir ke mahkamah untuk kes rayuan ini belum ditetapkan lagi. Yang mana anaknya sekarang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Kemudiannya nada suaranya menjadi sebak dan terdengar dia menangis. Terasa agak sayu. Apatah lagi dia memaklumkan saya bahawa kakinya baharu sahaja dipotong dan dia masih mendapatkan rawatan di hospital. Saya menyuruh saya untuk berjumpa dengan anaknya di mahkamah pada hari ini memandangkan pada hari ini ada sebutan bagi kes yang lain yang turut melibatkan anaknya itu. Yang mana saya penuhi kehendaknya dan berjumpa dengan anaknya sebentar tadi di mahkamah.

Kasih seorang ibu. Begitulah adanya.

No comments:

Post a Comment