Monday, February 29, 2016

Curi Kereta

Panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa beliau memerlukan peguambela bagi mewakili kes adik-adik beliau. Seorang berumur dalam lingkungan 18 tahun dan seorang lagi dalam 21 tahun. Umur yang masih muda remaja pada hemat saya.

Saya tanya kes apa. Beliau memaklumkan hanya kes 'curi' kereta sahaja. Dan adik-adik beliau ingin mengaku salah. Beliau ingin saya merayu untuk mendapatkan hukuman yang ringan.


Rupanya bukan kes 'curi' kereta tapi samun kereta.

Kadang kala ahli keluarga OKT memaklumkan kepada peguambela bahawa kes mereka itu hanya kes yang ringan sahaja tapi rupa-rupanya bila disemak dengan mahkamah dan pihak pendakwaraya jauh panggang dari api. Pertuduhan dibawah seksyen yang berbeza dan semestinya juga peruntukan hukuman yang lebih berat.


No comments:

Post a Comment