Mahkamah sedang bersidang ketika saya melangkah masuk. Kes perbicaraan saya ditetapkan untuk sambung bicara pagi ini.
Saya mengambil tempat di barisan meja yang kedua. Manakala di hadapan saya seorang peguam kanan berbangsa Cina sedang menghujahkan kes beliau. Dan beliau berhujah sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
Terpaku seketika saya mendengar beliau berhujah. Penggunaan laras bahasa dan sebutan yang cukup sempurna. Semacam mendengar syarahan pun ada.
Habis kes beliau mahkamah berhenti berehat sebelum meneruskan dengan kes saya.
Saya menegur peguam kanan tersebut sambil beliau mengemaskan dokumen-dokumen kesnya.
“Your submission and bahasa is fantastic. Kalah orang Melayu bercakap.”
“I’m trying to be fair to the court. Saya dulu budak Boys..” balas beliau sambil menghulur tangan untuk bersalam.
Saya mengangguk.
“You pun budak Boys ke?”
No comments:
Post a Comment