Saturday, April 13, 2019

The revisit of Boonsom Boonyanit v. Adorna Properties

Dua hari lepas, selesai sahaja pihak Plaintif dan Defendan-Defendan menutup kes masing-masing, Mahkamah Yang Mulia telah menjemput pihak-pihak untuk berhujah mengenai satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang terbaharu ini. Keputusan di dalam kes Pushpaleela a/p R Selvarajah & Anor v Rajamani d/o Meyappa Chettiar & Ors  [2019] 2 MLJ.

Azahar Mohamed FCJ (delivering judgment of the court): 

[152] Applying the well established principle to the present case, it is our considered opinion that the first defendant who conducted searches on the register and purchased the land in good faith and for valuable consideration, had, upon registration as the proprietor on the register document of title, acquired an indefeasible title, notwithstanding that the second defendant’s title itself is defeasible. Hence, subsequent transfer of the land to the first defendant and the registration thereof in the name of the first defendant was indefeasible by reason that the first defendant was the bona fide purchaser for valuable consideration. 

Wednesday, April 10, 2019

Carta Laku Keras Sang Penerbit PBAKL 2019

Update

Balik kampung, sekali-sekala saya dengar juga mak dengan ayah bersembang tentang hal kampung. Tentang hal siapa orang kampung yang dah meninggal dunia. 

Bukan apa. Saya takut jadi macam kawan saya. Seorang bekas askar udara pencen dari Tunjang. Suatu hari dia balik kampung. Tengah jalan hendak ke rumah dia terserempak dengan seorang jiran kampung. Sembangnya panjang juga. 

Maklumlah sekali-sekala berjumpa dengan orang kampung. Lepas balik ke rumah mak dia, demam tiga hari katanya. Kes terkejut bila mak dia bagi tahu yang jiran yang dia baharu bersembang itu dah dijemput Tuhan beberapa bulan sebelum itu. 

Naya.

Monday, April 1, 2019

Naskah Apa Kes, Tuan - Ringkasan Kulit


Beberapa bulan sebelum habis chambering saya rasa bosan. Rasa malas hendak jadi peguam secara tiba-tiba. Terus saya langsung isi permohonan SPA secara dalam talian. 

Tidak berapa lama selepas itu surat panggilan untuk ujian pertama pun sampai. Rasa menyesal la pula isi hari itu. Hendak tak hendak saya kena pergi. Kawan-kawan kata, “ Hang kalau takpi depa panggil nanti nama hang depa blacklist tau..” 

Percaya ke kawan-kawan saya pun pergi ambil ujian tersebut. Sebab sudah kena panggil. Saya pun tak ingat apa yang saya jawab. Tapi saya hampir naik takut juga tengok cara calon-calon lain menjawab ujian-ujian itu. 

Yang saya tahu lepas sahaja habis sesi pagi, di saat calon-calon lain tengah berehat dan membelek buku-buku untuk sesi petang saya dah hilang. Menapak menyelusuri lorong-lorong kecil menuju ke Chow Kit. Mencari salak daripada Medan. Salaknya memang besar-besar. Puas makan. 

Selepas sahaja hari itu tidak ada langsung panggilan kedua yang saya terima. Kahkahkah.

Sunday, March 31, 2019

Apa Kes, Tuan - Hari Ke-2 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019


Terima kasih yang sudi hadir dan membeli naskah Apa Kes, Tuan di Reruai Studio Anai-Anai bersempena dengan Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2019.

Radhi OAG pun dah ada satu. Hangpa bila lagi? Jangan buat lecey..



Friday, March 29, 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019


Panas-panas dari kilang cetak. Sembang banyak pun tak guna. Simpan duit, weekend ni mai PBAKL2019 di #benderungindie. Dah habis nanti jangan dok mai tanya buat muka sedih. Awai tak kalut orang kata.

Monday, January 21, 2019

Adib Inquest Could Make Murder Conviction Difficult : Lawyer

Prosecutors might face an uphill battle to secure a murder conviction if they were to bring firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim's death to court, said a criminal lawyer.

M Hafiz Zainol Abidin said chances are slimmer as authorities could not confirm Adib's cause of death through the post-mortem.

"This would weigh a lot in a future criminal trial, if any, with regard to pinning the blame on anyone for murdering Adib. It is not impossible, but it will be a tough battle," he said when contacted today. 

Hafiz said the post-mortem report holds an important key for any murder trial besides other evidence. "When a case is being tried under Section 302 of the Penal Code for murder, the prosecution will have to prove that the victim had died due to injuries inflicted by the suspect in the first place.

Thursday, December 20, 2018

Mencuri

Minggu lepas dan minggu ini saja ada tiga kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang saya kendalikan. Seksyen 380 Kanun Keseksaan adalah kesalahan mencuri dalam bangunan, kediaman. Pertamanya melibatkan seorang anak muda yang mencuri beberapa helai baju di sebuah outlet pakaian. Kes kedua pula melibatkan seorang lelaki yang mencuri seutas tali pinggang di sebuah outlet pakaian juga. Dan kes ketiga pula seorang ibu dua anak yang mencuri telefon di tempat kerja lamanya. 

Semuanya adalah pesalah kali pertama yakni bukanlah seorang penjenayah tegar atau pun sememangnya mempunyai rekod-rekod kesalahan jenayah yang lain. Bila membaca fakta kes-kes anak guam saya ini terfikir saya. 

Wednesday, December 12, 2018

تاهون تراخير


اوسا مڠمبيل انق-انق ساي تروس سيڠڬه ك ساتو ريستورين عرب د سيكشن 7. باسه سلڤس هوجن يڠ تورون د كاوسن شاه عالم ني ممبواتكن ڤروت تراس چڤت لاڤر. ممينتا اونتوق دايسي دڠن هيدڠن كربو.

تيدق باڽق ڤلڠڬن يڠ سداڠ منعمتي جواده ناسي عرب سماس ساي سمڤأي. بوليه دكيرا دڠن جاري ڤلڠڬن يڠ اد ڤون. نون د ساتو سودوت اد ببراڤ ميجا يڠ مان للاكي-للاكي يڠ اڬق برومور سداڠ منجامو هيدڠن. تيدق اد اڤ يڠ مناريق ڤنداڠن ساي كچوالي ڤاكاين مريك ايت. لڠكڤ برباجو باتيق. 

كالاو دهيتوڠ هاري اين بوكنڽ هاري خميس يڠ مان هاري بياسا ڤارا ڤنجاوات عوام مڠناكن باجو باتيق ك ڤجابت. همڤير ترلوڤا. ولحال ستياڤ هاري ملينتاسي كاوسن يو اي تي عيم. يا. أوڤاچارا ايستيعادة كونۏوكيشن يو اي تي عيم يڠ انته ك براڤ ساي تيدق ڤستي.

سرونوك مليهت واريث-واريث ڤلاجر يڠ ترڤمڤڠ كڤواسن دان كلڬان ديك كران ايستيعادة كونۏوكيشن اين. سكرول يڠ ديڬڠڬم د سياڠ تادي سباڬاي بالسن اتس جريه ڤريه سلاما اين.

ساي ترسڽوم كلات سنديرين. تريڠت انق ڬوعام ساي سمالم. ڤلاجر تاهون اخير يڠ دجڠككن اكن هابيس ڤڠاجين دالم ماس تردكت. تاڤي اڤاكن داي تله دتودوه د باوه اكتا داده بربهاي 1952 يڠ مان ممڤرونتوقكن حكومن ڤنجارا مندتوري.

Monday, October 1, 2018

Ibu Muda

Saya tiba di mahkamah Sesyen untuk mewakili anak guam saya yang akan dipertuduhkan dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak. Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa anak guam saya baharu sahaja berumur 18 tahun. 

Masih muda lagi pada perkiraan saya. Namun yang saya tidak tahu bahawa selain daripada anak guam saya terdapat seorang lagi individu yang turut dituduh bersama-sama dengan anak guam saya ini. Iaitu ibu kepada mangsa kanak-kanak tersebut. Baharu menginjak usia 17 tahun. 

Dan saya dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak tidak sah taraf ibu muda tersebut. Saya kira sesiapa sahaja yang mendengar berkenaan kes ini akan berasa marah. Manakan tidak mangsa kanak-kanak tersebut meninggal dunia kerana dikatakan didera oleh ibunya ini. 

Namun tatkala mahkamah dan juga saya sendiri melihat kelibat anak guam saya dan ibu kanak-kanak tersebut perasaan saya bercampur baur. Antara marah dan sedih. Sedih mengenangkan nasib ibu muda tersebut yang nampak naif sekali. Pada usia begitu dia hamil anak luar nikah dan telah dibuang keluarga. Ditinggalkan terkontang-kanting oleh bekas kekasihnya yang khabarnya seorang lelaki yang sudah berkeluarga. 

Celakalah lelaki-lelaki sebegini di luar sana.